background

Thursday 31 May 2012

Doa Iftitah

Mari kita bersama-sama membaca doa iftitah...:)


Maksudnya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha Suci Allah sepanjang hari dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan yang musyrik.
sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam





Saturday 12 May 2012

Shaun The Sheep (Cheetah Cheater)



     
           Video simple dan santai. Bertemakan Shaun the Sheep. Lets enjoy it...:)

Saturday 28 April 2012

"Bersih" (Bersih la sangat.....)

28 April 2012, Sabtu, tepat jam 2 petang,

           Saya dan seorang sahabat, cik Farzana, bergerak ke masjid jamek. Hasrat hati sebenarnya nak makan buntut....hihi.....tapi betul la kata orang, malang x berbau...sebaik sahaja kami memijakkan kaki di stesen LRT masjid jamek...terbentang lautan manusia betul2 di bawah stesen LRT tersebut.






       Mula2 tu memang la best, first time pengalaman tengok live la konon....hihihi....tp bila kitorang nak gerak kuar dari stesen, baru kitorang start rasa, ya Allah, ramai nyer orang...nak langkah kaki pun  susah..(T.T").....akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke TimeSquare dan tidak pergi ke masjid jamek.....huhuhu....sedih rasa...melepas la buntut hari ni...


      Kebetulan la pulak...kad MyRapid saya pulak tertinggal, terpaksa lah beratur membeli token LRT ke TimeSquare. Sesak tu memang x yah cakap la...rasa nak pengsan pun ada, macam2 bau ada....Sahabat saya pergi ke kaunter untuk bertanya mengenai tiket LRT. Tanpa kami jangka, pintu pagar masuk ke LRT ditutup dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk, di situ la kami terpisah. Dia sempat masuk ke kawasan LRT dan saya masih berada diluar. Nasib baik lah ada minah indonesia tolong belikan token untuk saya...Alhamdulillah x terkata sangat.


          Malangnya, x sempat saya hendak keluar dari kawasan membeli token tu, polis dah sembur gas pemedih mata.......semua orang gabrah dan cuba untuk melarikan diri, saya yang tak tahu apa2 ni cuba jugak la nak melawan arus tu, tapi bila terhidu jer gas tu......perghhh.....nak pengsan rasa....nasib baik lah ada orang yang baik hati menghulurkan garam kepada saya....dia suruh kemam, saya kemam lah....betul2 efektif la...hihhi...hilang sakit tekak....cuma tinggal sakit hidung jer lah.....so, sekarang, x pasal2 saya terperangkap dalam demonstrasi tu....









          Sepanjang terperangkap tu, saya memang langsung x jumpa jalan keluar, setiap sudut dikawal ketat oleh pihak polis. Bila saya tanya kepada orang yang ikut Bersih tu, dia kata memang jalan keluar xda....huhuhuu...sedih saya. dah la gas pemedih mata merata-rata. Kt bawah ni gambar semburan gas pemedih mata......pedih wuuuuu.......(T.T").



        

          Effect gas tu, pedih seluruh muka, mata & tekak......sakit sangat, nasib baik ada pak cik sudi bagi sedikit air sejuk untuk saya cuci muka. Lega sikit la rasanya. Pacik tu sempat cakap, ini adalah kali kedua beliau join Bersih dan kali ni memang banyak sangat org yang join Bersih tu berbanding tahun lepas. 

         
         Bayangkan la...kesian kat orang2 tua & kanak2, sempat jugak saya bertanya kat pacik & macik2 kat situ. Semua kata xtahan dengan gas pemedih mata tu...dan diorang semua x suka dengan demonstrasi mcm tu.  Sedih sya tengok diorang, tapi dalam masa yang sama saya kena selamatkan diri jugak, x tahan la dengan gas pemedih mata tu. Sambil2 melarikan diri tu, sempat jugak sya buat rakaman ni....





        Anda nilai la sendiri video ni.......lepas jer saya ambil video ni......inilah saat yang saya rasa memang betul2 x boleh nak bertahan sangat. Kali ni, gas pemedih mata yang saya tersedut betul2 banyak dan waktu tu kumpulan polis lengkap bersenjata betul2 kat depan sya....takut tu Allah saja lah yang tahu....Tiba2 sorang ahli bersih suruh sya lari dari situ, saya dalam keadaan penglihatan yang kabur akibat gas pemedih mata tu tanpa berlenagh terus berselindung di sebalik sebuah bangunan. Alhamdulillah, saya terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motor. Kali tu, saya dah x kisah da malu ke x, dah memang sakit sangat time tu....saya tanya kat dia "boleh tumpang @ x"? Then dia kata, "Boleh2, naik lah". YEAH......!!!!!!






     hahahaha....ni la yang paling lawak....Nak tahu x saya naik motor saper????? Nama dia Fayyadh....bodyguard Anuar Ibrahim rupanya....hahahha.........(kat gambar, paling kiri...ni bukan gmbr terbaru tau...ni dah lama...xder kaitan ngan bersih ni...just nk show kt korang tu Fayyadh)...



           
            X pasal2 dia kene jadi bodyguard aku pulak.....hahhaa.....terbaik lah....kih3.....yang terbaik lagi, dia siap hantar smpai depan apartment lagi...jimat jugak duit tambang teksi...kih3...Sempat jugak saya bercerita dengan Fayyadh tu, dia kata, dia sepatutnya bertugas untuk memastikan Anuar Ibrahim serta isteri selamat daripada pihak polis. Menurut beliau, Anuar Ibrahim dan isteri dah selamat kat dalam bangunan AIA dan boleh la dia hantar saya.Tambah beliau lagi, kali ni anggaran lebih 50000 orang yang join Bersih. 

           Pasal sahabat saya tu pulak, dia selamat balik ke rumah menggunakan LRT...alhamdulillah....semoga selepas ini, xder dah lagi kitorang terlibat dalam hal2 mcm ni....scary dowh...hahhaa......oklah...smpai sini jer citer saya....nasihat saya semoga orang2 yang berhasrat nak join BERSIH ni, fikir2 la yer....klu boleh tu jgn la bawak anak2 n org2 tua......fikirkan nyawa dan keselamatan dahulu baru politik...:)....jangan salah kan sapa2...pihak krjn, pihak polis mahupun pembangkang....benda dah terjadi apa boleh buat...

Tuesday 17 April 2012

Isu: Isu Sahsiah Pelajar Dalam Penggunaan Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sememangnya bukan sesuatu yang baru lagi dalam kehidupan para pelajar, guru dan komuniti. Teknologi Pendidikan didefinisikan sebagai aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P berkesan. Penggunaan teknologi secara teratur dan sistematik  dalam kalangan guru, digabungkan dengan  kepelbagaian  strategi pengajaran  dapat  meningkatkan potensi pembelajaran  murid (http://www.moe.edu.my). 



Namun tahukah dan sedarkah kita apa yang terjadi disebalik semua kemajuan ini? Sahsiah para pelajar menjadi pertaruhan. Sahsiah ditakrifkan sebagai personaliti seseorang. Semakin banyak gejala dan sahsiah negatif yang berlaku secara tidak langsung yang disebabkan oleh pendedahan teklonogi dan inovasi dalam pendidikan. Antara masalah sahsiah yang berlaku termasuklah pelajar membaca bahan-bahan lain, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam kelas, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Akhirnya, proses pembelajaran akan terganggu.


             Di sini, saya ingin mengetengahkan 5 langkah yang perlu bagi mengatasi masalah sahsiah pelajar dalam penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan. 



1)  Peranan ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka. Kanak-kanak dan golongan remaja kini banyak menggunakan teknologi dan inovasi dalam pembelajaran mereka dan yang paling kerap serta mudah digunakan adalah internet atau laman sesawang. Pastinya apa yang menakutkan para ibu bapa adalah material lucah, ganas, ideologi negatif ekstrem disalurkan kepada pemikiran anak-anak dan gejala buli siber. 

Percayalah, perkara ini bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia turut merasai tempiasnya apabila kajian mendapati kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun, 90% di Korea Selatan dan Taiwan 25% telah didedahkan dengan pornografi di internet. Malah, satu daripada sepuluh (12%) ibu bapa mengatakan anak-anak mereka telah mengalami buli siber, sementara 24% ibu bapa berkata mereka sebenarnya tahu ada kanak-kanak dalam komuniti mereka yang telah mengalami gejala tersebut. Internet sebenarnya mempengaruhi kanak-kanak lebih berani untuk bertindak dengan cara yang berbeza daripada tingkah laku biasa mereka. (http://hiblog.my). 





Trend micro incorporated telah memperkenalkan “3R” iaitu Relate, Re-Learn dan Regulate. Pada pendapat saya, tip ini sangat berguna serta boleh membantu para ibubapa yang menghadapi masalah diluar sana.

·      Relate- ibubapa haruslah mengamalkan komunikasi secara terbuka agar anak-anak percaya dan merasakan ibubapa adalah rakan terbaik mereka. Dengan ini, ibubapa boleh membimbing serta menyarankan anak-anak tentang baik buruk perangai mereka di talian dan berhati-hati dengan kenalan yang tidak mereka kenali.
·         Re-learn- dalam prinsip ini, ibu bapa harus mempersiapkan diri dengan maklumat terkini mengenai teknologi dan inovasi dan memuat turun peranti keselamatan seperti cyber safe yang berfungsi menyekat laman web yang tidak sesuai untuk anak-anak mereka.
·         Regulate- ibubapa dan anak perlu mencapai kata persetujuan berkenaan laman web yang boleh diakses serta had masa mereka menggunakan internet. Ibubapa juga perlu memastikan komputer di kawasan yang mudah dipantau seperti di ruang tamu.

       Sebagai tambahan, ibubapa juga perlu memastikan anak mereka mendapat tidur yang cukup kerana rata-rata kanak-kanak sekarang menghabiskan masa mereka melayari internet sehingga lewat malam dan mungkin juga hingga ke pagi. Ini boleh menyebabkan mereka terlambat ke sekolah dan menjejaskan tumpuan mereka di kelas. 




2)    Peranan guru/pensyarah 

 


Untuk memastikan sahsiah pelajar sentiasa baik dan terjaga, guru mahupun pensyarah harus peka dengan setiap pergerakan dan tindakan murid-murid mereka sewaktu di dalam kelas. Tenaga pengajar harus merancang masa dan cara mengaitkan penggunaan teknologi dan inovasi dengan topik yang diajar agar para pelajar faham tanggungjawab mereka dan tidak leka atau bermain sewaktu kelas.

Selain itu, tenaga pengajar juga boleh memperkenalkan portal-portal laman sesawang yang sesuai dan boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Antara portal laman sesawang termasuklah:

  •      http://www.spp.moe.edu.my- Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) menawarkan e-Bahan berciri interaktif bagi memenuhi keperluan tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. e-Bahan yang berasaskan kurikulum  ini  menggalakkan pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

  •       http://www.thinkquest.org - Portal rakan kongsi  KPM ini memberi peluang murid berkolaborasi dengan komuniti global dalam suasana yang selamat dan terkawal.

Sebagai tambahan, guru perlu melakukan pemantauan On-site iaitu guru berada di bahagian belakang kelas untuk melihat secara kasar laman sesawang yang diakses oleh para pelajar untuk mengelakkan mereka mengakses laman yang tidak sepatutnya sama ada sengaja atau tidak.





3)  Kesedaran pelajar sendiri


Sikap ingin tahu pelajar juga penyebab kepada berlakunya masalah sahsiah. Para pelajar sering hilang tumpuan dan tidak mengcari maklumat seperti yang diarahkan. Oleh itu, mereka harus mendidik diri mereka untuk bertanggungjawab dengan setiap masa mereka dan tidak membazirkannya dengan sesuatu yang tidak berguna. Sebagai contoh: melayari laman web lucah.
Selain itu, pelajar juga harus mengamati dan mendidik diri mereka dengan sikap hormat. Dengan kemudahan komputer dan internet kini, pelajar mudah untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan melakukan plagiat.  Pelajar yang mempunyai nilai moral dan rasa hormat sesama pengguna internet tidak akan melakukan plagiat.
















4)         Peranan sekolah


        Pembestarian sekolah adalah salah satu cara yang sangat berkesan bagi memastikan pelajar dan tenaga pengajar yang kompeten dan intelektual. Selain daripada itu, pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan dalam memastikan jaringan komunikasi berkesan untuk penyampaian maklumat kepada pelajar serta tenaga pengajar.  Muat turun aplikasi seperti fire wall dan antivirus adalah perlu bagi memastikan maklumat yang diperoleh pelajar adalah yang terbaik dan juga mampu mengelakkan pelajar mengakses laman sesawang yang tidak sepatutnya sewaktu ketiadaan guru. Pihak sekolah juga harus menggalakkan guru-guru mengikuti kursus  Intel Teach Elements untuk pembangunan profesional guru dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Usaha untuk mewujudkan persekitaran di mana pelajar boleh belajar di mana-mana dan bila-bila masa menggunakan teknologi dan inovasi juga perlu dipertingkatkan, sebagai contoh, internet satu sekolah.








5)      Komuniti

        Salah satu entiti terbesar yang mempengaruhi sahsiah seseorang pelajar adalah lingkungan komuniti yang berada disekeliling mereka. Komuniti memberi impak besar kepada personality dan tingkah laku sesuatu pelajar. Komuniti yang bersikap endah tak endah menyebabkan pelajar menjadi terlalu bebas. Oleh itu, bagi pendapat saya tindakan mewujudkan CyberSAFE iaitu  Cyber Security Awareness for Everyone adalah sangat wajar dan baik. Ia merupakan inisiatif pihak swasta untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik  masyarakat tentang isu teknologi dan sosial  agar golongan pengguna internet berupaya membuat pilihan bijak dalam mengurus isu yang timbul semasa penggunaan.





Friday 13 April 2012

10 Gambar Projek Individu ( Bekas Epal Comel)

           Dalam dunia yang serba moden ini, memang tidak dinafikan terdapat banyak bahan bantu mengajar yang hanya tertumpu kepada pembentangan slaid. Walaupun banyak kelebihan namun tetap terdapat kelemahan iaitu kurang interaktif kerana tidak boleh disentuh. Terdapat banyak bahan bantu mengajar yang boleh dihasilkan menggunakan bahan kitar semula. Di sini, saya menggunakan botol cola. Dengan menggunakan separuh bahagian bawah botol, saya menghasilkan Bekas Epal Comel. Bekas ini boleh digunakan untuk menyimpan alat-alat tulis dan boleh diletakkan dimana-mana sahaja kerana ia tahan lasak dan ringan untuk dialihkan. 

















10 Video Teknologi Dan Inovasi


1.       eLeg mencipta harapan semula



2.                "Robot Scrub Nurse"



3.                   Doktor Robot



4.                 Jururawat Robot



5.                    "Toyota Robot Nurse"



6.            "WrisTech Blood Pressure Monitoring"



7.          "Robot Menicin" dalam pendidikan kejururawatan 




8.                     "Computer Teleconferenting"




9.                     Alat Pengesan "Swine Flu" 




10.  Pili air sensitif (mengurangkan kuman akibat sentuhan)