Saya dan seorang sahabat, cik Farzana, bergerak ke masjid jamek. Hasrat hati sebenarnya nak makan buntut....hihi.....tapi betul la kata orang, malang x berbau...sebaik sahaja kami memijakkan kaki di stesen LRT masjid jamek...terbentang lautan manusia betul2 di bawah stesen LRT tersebut.
Mula2 tu memang la best, first time pengalaman tengok live la konon....hihihi....tp bila kitorang nak gerak kuar dari stesen, baru kitorang start rasa, ya Allah, ramai nyer orang...nak langkah kaki pun susah..(T.T").....akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke TimeSquare dan tidak pergi ke masjid jamek.....huhuhu....sedih rasa...melepas la buntut hari ni...
Kebetulan la pulak...kad MyRapid saya pulak tertinggal, terpaksa lah beratur membeli token LRT ke TimeSquare. Sesak tu memang x yah cakap la...rasa nak pengsan pun ada, macam2 bau ada....Sahabat saya pergi ke kaunter untuk bertanya mengenai tiket LRT. Tanpa kami jangka, pintu pagar masuk ke LRT ditutup dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk, di situ la kami terpisah. Dia sempat masuk ke kawasan LRT dan saya masih berada diluar. Nasib baik lah ada minah indonesia tolong belikan token untuk saya...Alhamdulillah x terkata sangat.
Malangnya, x sempat saya hendak keluar dari kawasan membeli token tu, polis dah sembur gas pemedih mata.......semua orang gabrah dan cuba untuk melarikan diri, saya yang tak tahu apa2 ni cuba jugak la nak melawan arus tu, tapi bila terhidu jer gas tu......perghhh.....nak pengsan rasa....nasib baik lah ada orang yang baik hati menghulurkan garam kepada saya....dia suruh kemam, saya kemam lah....betul2 efektif la...hihhi...hilang sakit tekak....cuma tinggal sakit hidung jer lah.....so, sekarang, x pasal2 saya terperangkap dalam demonstrasi tu....
Sepanjang terperangkap tu, saya memang langsung x jumpa jalan keluar, setiap sudut dikawal ketat oleh pihak polis. Bila saya tanya kepada orang yang ikut Bersih tu, dia kata memang jalan keluar xda....huhuhuu...sedih saya. dah la gas pemedih mata merata-rata. Kt bawah ni gambar semburan gas pemedih mata......pedih wuuuuu.......(T.T").
Effect gas tu, pedih seluruh muka, mata & tekak......sakit sangat, nasib baik ada pak cik sudi bagi sedikit air sejuk untuk saya cuci muka. Lega sikit la rasanya. Pacik tu sempat cakap, ini adalah kali kedua beliau join Bersih dan kali ni memang banyak sangat org yang join Bersih tu berbanding tahun lepas.
Bayangkan la...kesian kat orang2 tua & kanak2, sempat jugak saya bertanya kat pacik & macik2 kat situ. Semua kata xtahan dengan gas pemedih mata tu...dan diorang semua x suka dengan demonstrasi mcm tu. Sedih sya tengok diorang, tapi dalam masa yang sama saya kena selamatkan diri jugak, x tahan la dengan gas pemedih mata tu. Sambil2 melarikan diri tu, sempat jugak sya buat rakaman ni....
Anda nilai la sendiri video ni.......lepas jer saya ambil video ni......inilah saat yang saya rasa memang betul2 x boleh nak bertahan sangat. Kali ni, gas pemedih mata yang saya tersedut betul2 banyak dan waktu tu kumpulan polis lengkap bersenjata betul2 kat depan sya....takut tu Allah saja lah yang tahu....Tiba2 sorang ahli bersih suruh sya lari dari situ, saya dalam keadaan penglihatan yang kabur akibat gas pemedih mata tu tanpa berlenagh terus berselindung di sebalik sebuah bangunan. Alhamdulillah, saya terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motor. Kali tu, saya dah x kisah da malu ke x, dah memang sakit sangat time tu....saya tanya kat dia "boleh tumpang @ x"? Then dia kata, "Boleh2, naik lah". YEAH......!!!!!!
hahahaha....ni la yang paling lawak....Nak tahu x saya naik motor saper????? Nama dia Fayyadh....bodyguard Anuar Ibrahim rupanya....hahahha.........(kat gambar, paling kiri...ni bukan gmbr terbaru tau...ni dah lama...xder kaitan ngan bersih ni...just nk show kt korang tu Fayyadh)...
X pasal2 dia kene jadi bodyguard aku pulak.....hahhaa.....terbaik lah....kih3.....yang terbaik lagi, dia siap hantar smpai depan apartment lagi...jimat jugak duit tambang teksi...kih3...Sempat jugak saya bercerita dengan Fayyadh tu, dia kata, dia sepatutnya bertugas untuk memastikan Anuar Ibrahim serta isteri selamat daripada pihak polis. Menurut beliau, Anuar Ibrahim dan isteri dah selamat kat dalam bangunan AIA dan boleh la dia hantar saya.Tambah beliau lagi, kali ni anggaran lebih 50000 orang yang join Bersih.
Pasal sahabat saya tu pulak, dia selamat balik ke rumah menggunakan LRT...alhamdulillah....semoga selepas ini, xder dah lagi kitorang terlibat dalam hal2 mcm ni....scary dowh...hahhaa......oklah...smpai sini jer citer saya....nasihat saya semoga orang2 yang berhasrat nak join BERSIH ni, fikir2 la yer....klu boleh tu jgn la bawak anak2 n org2 tua......fikirkan nyawa dan keselamatan dahulu baru politik...:)....jangan salah kan sapa2...pihak krjn, pihak polis mahupun pembangkang....benda dah terjadi apa boleh buat...
kesian ko ndak pasal2 kena gas pemedih mata.. pa2 pon, take care di tmpat org.. :)
ReplyDeleteina..muni pun terjoin sama.ktorg anis, syira n k.ijai kononnya nk p Jamek,last2 tersekat kt LRT..1st time gak tgk ngan mata sendiri...tpi waktu tu dh reda ckit..xde dah gas pemedih mata..tpi ramai lgi org2 bersih..ingat ke ina dh blk..rpa-rpanya tersangkut kt sana.nasib baik selamat..hihi.Apa2 pn kita jdikan semua ini stu pengalaman buat kita..berhimpun tpi xde kseduhan x jdi apa-apa jgk..undang-undang Islam x diikut mengikut syariat yg betul..itulah jadinya...
ReplyDeleteetul muni, semoga apa yang jadi semalam menjadi iktibar kepada kita. fBertindak terlalu mengikut perasaan mmg kerja sia2 jer....bagi ina, demonstrasi bukan caranya. Bukan sahaja nama baik negara di mata pengunjung menjadi buruk, malah, penduduk malaysia sekitar kawasan demonstrasi juga mendapat tempiasnya. Perniagaan tidak dapat dibuka dan pembeli tidak dapat mendapatkan keperluan mereka. Semoga xder lg lah benda2 mcm ni pada masa akan datang...amin.
ReplyDelete