background

Tuesday, 17 April 2012

Isu: Isu Sahsiah Pelajar Dalam Penggunaan Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sememangnya bukan sesuatu yang baru lagi dalam kehidupan para pelajar, guru dan komuniti. Teknologi Pendidikan didefinisikan sebagai aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P berkesan. Penggunaan teknologi secara teratur dan sistematik  dalam kalangan guru, digabungkan dengan  kepelbagaian  strategi pengajaran  dapat  meningkatkan potensi pembelajaran  murid (http://www.moe.edu.my). 



Namun tahukah dan sedarkah kita apa yang terjadi disebalik semua kemajuan ini? Sahsiah para pelajar menjadi pertaruhan. Sahsiah ditakrifkan sebagai personaliti seseorang. Semakin banyak gejala dan sahsiah negatif yang berlaku secara tidak langsung yang disebabkan oleh pendedahan teklonogi dan inovasi dalam pendidikan. Antara masalah sahsiah yang berlaku termasuklah pelajar membaca bahan-bahan lain, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam kelas, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Akhirnya, proses pembelajaran akan terganggu.


             Di sini, saya ingin mengetengahkan 5 langkah yang perlu bagi mengatasi masalah sahsiah pelajar dalam penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan. 



1)  Peranan ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka. Kanak-kanak dan golongan remaja kini banyak menggunakan teknologi dan inovasi dalam pembelajaran mereka dan yang paling kerap serta mudah digunakan adalah internet atau laman sesawang. Pastinya apa yang menakutkan para ibu bapa adalah material lucah, ganas, ideologi negatif ekstrem disalurkan kepada pemikiran anak-anak dan gejala buli siber. 

Percayalah, perkara ini bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia turut merasai tempiasnya apabila kajian mendapati kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun, 90% di Korea Selatan dan Taiwan 25% telah didedahkan dengan pornografi di internet. Malah, satu daripada sepuluh (12%) ibu bapa mengatakan anak-anak mereka telah mengalami buli siber, sementara 24% ibu bapa berkata mereka sebenarnya tahu ada kanak-kanak dalam komuniti mereka yang telah mengalami gejala tersebut. Internet sebenarnya mempengaruhi kanak-kanak lebih berani untuk bertindak dengan cara yang berbeza daripada tingkah laku biasa mereka. (http://hiblog.my). 





Trend micro incorporated telah memperkenalkan “3R” iaitu Relate, Re-Learn dan Regulate. Pada pendapat saya, tip ini sangat berguna serta boleh membantu para ibubapa yang menghadapi masalah diluar sana.

·      Relate- ibubapa haruslah mengamalkan komunikasi secara terbuka agar anak-anak percaya dan merasakan ibubapa adalah rakan terbaik mereka. Dengan ini, ibubapa boleh membimbing serta menyarankan anak-anak tentang baik buruk perangai mereka di talian dan berhati-hati dengan kenalan yang tidak mereka kenali.
·         Re-learn- dalam prinsip ini, ibu bapa harus mempersiapkan diri dengan maklumat terkini mengenai teknologi dan inovasi dan memuat turun peranti keselamatan seperti cyber safe yang berfungsi menyekat laman web yang tidak sesuai untuk anak-anak mereka.
·         Regulate- ibubapa dan anak perlu mencapai kata persetujuan berkenaan laman web yang boleh diakses serta had masa mereka menggunakan internet. Ibubapa juga perlu memastikan komputer di kawasan yang mudah dipantau seperti di ruang tamu.

       Sebagai tambahan, ibubapa juga perlu memastikan anak mereka mendapat tidur yang cukup kerana rata-rata kanak-kanak sekarang menghabiskan masa mereka melayari internet sehingga lewat malam dan mungkin juga hingga ke pagi. Ini boleh menyebabkan mereka terlambat ke sekolah dan menjejaskan tumpuan mereka di kelas. 




2)    Peranan guru/pensyarah 

 


Untuk memastikan sahsiah pelajar sentiasa baik dan terjaga, guru mahupun pensyarah harus peka dengan setiap pergerakan dan tindakan murid-murid mereka sewaktu di dalam kelas. Tenaga pengajar harus merancang masa dan cara mengaitkan penggunaan teknologi dan inovasi dengan topik yang diajar agar para pelajar faham tanggungjawab mereka dan tidak leka atau bermain sewaktu kelas.

Selain itu, tenaga pengajar juga boleh memperkenalkan portal-portal laman sesawang yang sesuai dan boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Antara portal laman sesawang termasuklah:

  •      http://www.spp.moe.edu.my- Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) menawarkan e-Bahan berciri interaktif bagi memenuhi keperluan tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. e-Bahan yang berasaskan kurikulum  ini  menggalakkan pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

  •       http://www.thinkquest.org - Portal rakan kongsi  KPM ini memberi peluang murid berkolaborasi dengan komuniti global dalam suasana yang selamat dan terkawal.

Sebagai tambahan, guru perlu melakukan pemantauan On-site iaitu guru berada di bahagian belakang kelas untuk melihat secara kasar laman sesawang yang diakses oleh para pelajar untuk mengelakkan mereka mengakses laman yang tidak sepatutnya sama ada sengaja atau tidak.





3)  Kesedaran pelajar sendiri


Sikap ingin tahu pelajar juga penyebab kepada berlakunya masalah sahsiah. Para pelajar sering hilang tumpuan dan tidak mengcari maklumat seperti yang diarahkan. Oleh itu, mereka harus mendidik diri mereka untuk bertanggungjawab dengan setiap masa mereka dan tidak membazirkannya dengan sesuatu yang tidak berguna. Sebagai contoh: melayari laman web lucah.
Selain itu, pelajar juga harus mengamati dan mendidik diri mereka dengan sikap hormat. Dengan kemudahan komputer dan internet kini, pelajar mudah untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan melakukan plagiat.  Pelajar yang mempunyai nilai moral dan rasa hormat sesama pengguna internet tidak akan melakukan plagiat.
















4)         Peranan sekolah


        Pembestarian sekolah adalah salah satu cara yang sangat berkesan bagi memastikan pelajar dan tenaga pengajar yang kompeten dan intelektual. Selain daripada itu, pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan dalam memastikan jaringan komunikasi berkesan untuk penyampaian maklumat kepada pelajar serta tenaga pengajar.  Muat turun aplikasi seperti fire wall dan antivirus adalah perlu bagi memastikan maklumat yang diperoleh pelajar adalah yang terbaik dan juga mampu mengelakkan pelajar mengakses laman sesawang yang tidak sepatutnya sewaktu ketiadaan guru. Pihak sekolah juga harus menggalakkan guru-guru mengikuti kursus  Intel Teach Elements untuk pembangunan profesional guru dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Usaha untuk mewujudkan persekitaran di mana pelajar boleh belajar di mana-mana dan bila-bila masa menggunakan teknologi dan inovasi juga perlu dipertingkatkan, sebagai contoh, internet satu sekolah.








5)      Komuniti

        Salah satu entiti terbesar yang mempengaruhi sahsiah seseorang pelajar adalah lingkungan komuniti yang berada disekeliling mereka. Komuniti memberi impak besar kepada personality dan tingkah laku sesuatu pelajar. Komuniti yang bersikap endah tak endah menyebabkan pelajar menjadi terlalu bebas. Oleh itu, bagi pendapat saya tindakan mewujudkan CyberSAFE iaitu  Cyber Security Awareness for Everyone adalah sangat wajar dan baik. Ia merupakan inisiatif pihak swasta untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik  masyarakat tentang isu teknologi dan sosial  agar golongan pengguna internet berupaya membuat pilihan bijak dalam mengurus isu yang timbul semasa penggunaan.





8 comments:

  1. Assalamualaikum
    Pada pendapat saya, sememangnnya perkembangan teknologi dan inovasi dalam pendidkan memberi impak yang mendalam terhadap masyarakat terutamanya golongan muda. Pembentukan sahsiah yang baik hanya akan terlaksana sekiranya para pengguna internet menggunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sebaliknya, jika kemudahan teknologi itu disalahgunakan, maka tidak mustahil ianya menjejaskan sahsiah diri individu itu sendiri ke arah keburukan dan perkara yang sia-sia.

    NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum
    Sememangnya tidak dinafikan masalah salsiah pelajar dalam penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sering berlaku tanpa mengikut umur ataupun tempat.Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan seperti di atas. Pada pendapat saya,pihak sekolah perlu menyekat semua entri-entri yang cenderung kearah penyalahgunaan teknologi seperti Youtube, laman sosial facebook, skype, twitter dan lain-lain lagi. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan 'parental control application' yang terpadap pada sesetengah komputer untuk mengawal dan memantau aktiviti anak-anak mereka dalam menggunakan internet.

    SHARIFAH NOORANIS ANISYA BT SYED ABU HASSAN
    (A127261)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Isu ini sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat kita pada hari ini. Saya sangat bersetuju dengan langkah mengenai peranan ibu bapa itu menjadi langkah yang utama. Seperti yang kita sedia ketahui semestinya ibubapa yang memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk sahsiah anak-anak. Selalunya alasan yang selalu diberikan ibu bapa adalah tidak cukup masa untuk memantau pergerakan anak-anak. Bagi saya sikap sebegini tidak akan wujud jika sesebuah keluarga itu mempunyai ikatan kekeluargaan yang kukuh.Selain itu, ibu bapa juga haruslah bergerak seiring dengan teknologi dan memahami bahawa anak mereka tidak membesar pada zaman yang sama dengan mereka. Zaman sekarang mempunyai banyak cabaran yang harus diharungi oleh anak- anak.

    NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN
    (A127495)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Pada zaman era terkini isu sahsiah pelajar dalam penggunaan teknologi memang tidak dinafikan terdapat kebaikan dan keburukan. Oleh yang demikian saya sangat bersependapat dengan penulis tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi isu. Saya rasa peranan ibubapa dan pelajar itu sendiri amat penting untuk mengelakkan isu sahasiah seperti ini berlaku. Ibubapa memainkan peranan penting untuk menyekat anak mereka daripada melayari bahan-bahan yang tidak berfaedah seperti menyekat laman web dengan meletakkan kata kunci.

    Nur Syahirah Bt Zamauri
    (A130608)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Pada pendapat saya, penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan banyak membawa kebaikan tetapi ia juga akan membawa keburukan jika penggunaannya disalahguna. Oleh itu semua pihak harus berkerjasama untuk membendung gejala sosial yang tidak sihat berlaku dalam zaman siber ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Ibu bapa harus sedar tanggungjawab mereka sebenar dalam mendidik anak-anak dan tidak harus bergantung sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah pada awal usia anak-anak. Mereka harus didik dari kecil lagi untuk membendung masalah sahsiah ini.

    Kamariah Kamaludin
    (A127849)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Bagi pandangan saya,semua pihak harus memainkan peranan mereka masing-masing untuk membendung masalah ini daripada menular dengan lebih teruk dalam generasi muda kita.Memang tidak dinafikan ibu bapa adalah individu yang perlu memainkan peranan yang utama dalam membendung isu ini namun tanpa sokongan dan kerjasama oleh pihak yang lain, usaha yang dilakukan ini umapama seperti tikus membaiki labu.Oleh itu,seiring dengan usaha kita untuk mencapai tahap negara maju, kita juga perlu berusaha untuk menghasilkan generasi yang bertamadun dari segi akhlak dan moralnya.
    NURSUNIARYATI BTE JEPON
    A127501

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.
    pada saya, penggunaan teknologi kini telah menjadi rutin kepada setiap pelajar kebanyakkannya. namun demikian, tidaklah dapat disangkal akan kesan buruk terhadap sahsiah pelajar. kesedaran untuk perbaiki sahsiah diri adalah penting dalam melahirkan modal insan yang gemilang. saya menyokong pendapat penulis bahawa ibu bapa berperanan dalam mengatasi masalah ini. kerana ibu bapa ialah insan yang terdekat dengan pelajar semasa dirumah.
    SITI FATIMAHNUR BINTI JOHARI
    A127834

    ReplyDelete
  8. salam...
    Penggunaan teknologi mempunyai mafaat dan keburukannya yang tersendiri. Teknologi akan memberi kesan buruk sekiranya digunakan oleh golongan yang tidak matang dan bertanggungjawab. Golongan pelajar diantara golongan t
    yang menggunakan teknologi. Mereka sukar untuk menilai apa yang baik dan buruk apabila menggunakan teknologi. Oleh yang demikian, kawalan dan pematauan harus dilakukan keatas pelajar agar mereka dapat manfaat sepenuhnya dalam menggunakan teknologi.

    Nur Farzana Zam Zam
    A128152

    ReplyDelete