1. Ubat sedut (inhaler)
Gambar di atas menunjukkan mesin ubat sedut yang sering digunakan untuk pesakit “Asthma” atau lelah. Alat ini mengandungi ubat yang disimpan di bahagian dalam tengahnya. Pesakit lelah perlu memastikan ubat yang ada sentiasa mencukupi dengan cara menekan bahagian atas ubat tersebut. Jika ada asap yang keluar bermakna ubat masih ada di dalam alat ini. Namun dengan adanya inovasi baru kepada mesin ubat sedut ini, pengguna boleh mengetahui dengan mudah kuantiti ubat yang masih ada dengan melihat jumpa kali (baki) penggunaan (puff) yang terdapat di bahagian bawah alat ini dan dapat mengelakkan pembaziran ubat sewaktu menekan bahagian atas ubat untuk memastikan ubat masih ada ataupun tiada.
2. Ceiling Mounted Lifts
Mesin ini pula merupakan alat yang digunakan dalam penjagaan kejururawatan di luar negara dan masih belum bermula di negara Malaysia. “Ceiling Mounted Lifts” merupakan alat inovasi terbaru yang digunakan untuk tujuan memudahkan pergerakan pesakit sewaktu jagarawatan dijalankan kepada pesakit. Alat ini juga dapat mengelakkan luka pada kulit pesakit dan pesakit jatuh daripada katil.
3. Robot pemantau di rumah
Pesakit yang berada di rumah pastinya sukar untuk mendapatkan nasihat daripada jururawat ataupun doktor berkaitan sesuatu perkara. Oleh itu, untuk memudahkan ahli keluarga atau penjaga pesakit, robot ini akan digunakan dirumah dan akan disambungkan terus kepada doktor atau jururawat melalui telekomunikasi. Sebagai contoh, sewaktu ahli keluarga hendak memandikan pesakit, setiap pergerakan mereka akan dipantau oleh doktor atau jururawat dan teguran boleh diberikan secara terus apabila terdapat sebarang kesalahan dilakukan oleh ahli keluarga atau panjaga pesakit sewaktu memandikan pesakit. Dengan adanya robot ini, pemantauan secara berterusan boleh dilakukan pihak kesihatan.
4. Ultrasound mudah bawa
Mesin ultrasound ini kecil dan mudah dibawa. Ia dilengkapi dengan teknologi yang membolehkan orang yang menggunakannya (sonographers) untuk mengetahui perkembangan pesakit mereka. Selain itu, pesakit juga boleh menghantar gambar yang telah dirakam daripada mesin mereka ke mesin sonographer secara online.
5. Jururawat robot
Jepun dikenali sebagai negara yang telah mengeluarkan banyak “super-realistic androids”. Kini, Negara tersebut mengeluarkan satu lagi produk terbaru yang dikenali sebagai Actroid-F. Actroid-F telah diperkenalkan oleh Kokoro Co. Ltd. Actroid-F telah dibina dalam bentuk yang menyerupai seorang manusia (humanoid) yang berpakaian jururawat. Selain daripada itu, robot ini juga dilengkapi dengan mimik muka yang kompleks seperti mengenyit mata, menggerakkan mata, dan leher. Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan. Robot ini berkebolehan untuk meniru mimik muka dan pergerakan badan orang yang mengawalnya. Namun, kaki robot ini masih lagi tidak boleh digunakan, ini bermakna, robot ini tidak boleh bergerak daripada kerusinya.
Robot ini mempunyai 3 kamera. Kamera pertama tertumpu kepada orang yang mengawal robot tersebut untuk menangkap mimik muka dan pergerakan orang tersebut. Robot seperti ini mampu membantu meringankan beban jururawat dengan membantu memantau pesakit di wad ataupun dirumah sewaktu ketiadaan jururawat.
6. Toyota’s robot nurse
Japanese Motor Giant Toyota telah memperkenalkan robot yang bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan jururawat yang dikenali sebagai Toyota Partner Robot program. Perkembangan robot yang terbaru ini memjanjikan rehabilitasi program yang berjaya dalam meningkatkan kesihatan pesakit. Ini kerana, robot ini boleh membantu pesakit berjalan, mengawal inbangan dan postur badan, disamping membantu dalam proses memindahkan pesakit dari katil ke katil.
Robot ini dilengkapi dengan 4 rekaan yang berbeza yang berfungsi untuk membantu pesakit untuk bergerak, mengurangkan tekanan pada kaki dan lutut, meningkatkan kawalan imbangan pesakit dan membantu jururawat untuk mengangkat pesakit dengan mudah.
7. Robot Scrub Nurse
Inovasi ini diasaskan oleh Purdue Universiti, “Robotic Scrub Nurse” ini bertindak balas dengan gerak tangan pakar bedah untuk membantu pakar bedah sewaktu pembedahan dijalankan. Selain itu, dengan adanya robot ini, risiko untuk berlakunya jangkitan mampu dikurangkan. Sistem ini menggunakan Kinect kamera daripada Microsoft dan algoritma yang khas untuk membantu ia mengenal gerak tangan sebagai arahan untuknya melakukan kerja. Ia dilengkapi dengan kelebihan untuk membezakan gerak tangan yang bertujuan dan tidak bertujuan. Sistem ini membantu dalam bidang kejururawatan kerana ia membolehkan jururawat untuk melakukan kerja lain seperti memeriksa keadaan pesakit dan mengenalpasti sebarang komplikasi sewaktu pembedahan dijalankan.
8. Baju Dalam Yang Memeriksa Kesihatan
Baju dalam yang direka khas ini adalah yang pertama kali dicipta yang bertujuan untuk memeriksa secara berterusan biochemical pemakainya. Baju dalam ini terdiri daripada: baju, patch, sensor dan mesin pemeriksaan elektronik. Baju dalam ini telah menggunakan pendekatan baru untuk memantau biochemical tersebut iaitu dengan cara ia menggunakan kombinasi benang hidrofilik dan hidrofobik yang ditenun bersama. Kombinasi itu akan menyalurkan peluh ke sensor dan keputusan akan dikeluarkan. Apabila fabrik tersebut menyampaikan beberapa mililiter peluh ke patch, sensor akan mengenalpasti jumlah potassium, kloride dan sodium. Dengan membandingkan keputusan yang baru dengan yang lama, sistem akan memberitahu sama ada pesakit tertekan atau terlalu memaksa diri sewaktu sakit. Bila patch penuh dengan peluh, barulah ia akan dibuang. Dengan adanya alat ini, pesakit tidak perlu lagi dicucuk untuk mendapatkan darah untuk mengetahui jumlah potassium, kloride dan sodium dalam badan.
9. Jam ECG
Jam tangan ini mampu memeriksa tekanan darah dan ECG seseorang pesakit dengan mudah dan tidak invasif. Tiada lagi wayar-wayar yang meliliti badan dan mengganggu keselesaan. Selain daripada itu, gajet ini juga membolehkan pesakit berkongsi maklumat dengan doktor dan jururawat melalui internet. Dengan ini, pesakit tidak perlu lagi datang kerap kali ke hospital atau klinik semata-mata untuk memeriksa tekanan darah.
10. Pocket Respiratory Laboratory
10. Pocket Respiratory Laboratory
Mesin ini adalah yang pertama sekali menggabungkan 4 fungsi yang sangat penting dalam memantau status pernafasan seseorang pesakit. Keempat-empat fungsi tersebut termasuklah Spirometer, Pulse oxymeter, eDiary dan 3D Motion Sensor. Gajet ini boleh di cas semula dengan bateri lithium. Ini memudahkan kerja jururawat kerana dapat mengetahui keputusan pulse oxymeter dan spirometer dengan serentak. Dengan ini sebarang masalah yang berlaku kepada pesakit dapat dikesan dengan cepat kerana keputusan adalah hampir tepat. Pesakit boleh mencari maklumat atau data yang ada di dalam mesin ini kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri pencarian maklumat yang kuat dan keputusan boleh dicetak.
11. Mesin Mengukur Tenaga
Alat ini dibina untuk digantung di dinding atau diletakkan di atas meja dapur. Boleh juga digunakan di hospital bagi membolehkan jururawat untuk mengetahui jumlah tenaga pesakit pada satu-satu masa itu. Ini penting agar jururawat dapat merancang perancangan jagarawatan dengan baik dan teratur. Jururawat juga boleh mengetahui jumlah tenaga yang diperlukan oleh pesakit pada satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment