background

Friday, 13 April 2012

Teknologi dan Multimedia Menerusi Teklonogi Dalam Pendidikan

Semakin hari, aktiviti harian kita menjadi semakin rumit dan mencabar. Semua perkara menjadi semakin susah untuk dikawal. Dengan adanya teknologi dan inovasi, masalah ini dapat diatasi dengan lebih mudah dan berkesan. Teknologi dan inovasi juga kini semakin popular digunakan dalam bidang pendidikan. Ia merupakan satu cara untuk membantu para pelajar untuk lebih mudah menerima dan mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Antara langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian termasuklah:

a)      Pendedahan awal
Pendedahan ini harus bermula dari rumah di mana ibubapa harus memperkenalkan anak-anak mereka dengan penggunaan komputer dan pemikiran kreatif untuk menghasilkan bahan-bahan yang mampu membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Pendedahan di sekolah juga harus diberikan keutamaan terutama bagi keluarga yang tidak mampu untuk membekalkan komputer di rumah untuk anak-anak mereka.

b)      E-book
E-book merupakan salah satu penggunaan teknologi dan inovasi yang mampu meringankan beban pelajar kerana ia menjanjikan akses kepada informasi yang lebih cepat. Selain itu, ia juga mudah dibawa dan aplikasi ini juga boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Para pelajar boleh menggunakan e-book ini setiap masa dan dimana-mana jua.

c)       Memperkenalkan sistem teleconferencing
Ini merupakan antara cara yang paling berkesan untuk memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian. Bagi pelajar yang berada jauh daripada fakulti atau universiti, mereka boleh menggunakan cara ini untuk berhubung dengan pensyarah atau menghadiri kelas.

d)      Penggunaan laman sosial
Laman sosial seperti facebook, twitter dan blog kini semakin popular. Kekurangan masa, saiz kelas yang kecil dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai mungkin menyebabkan pengajar untuk tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar dan pelajar mungkin kurang jelas dengan setiap penerangan pensyarah. Laman sosial membolehkan pelajar untuk bertanya soalan kepada pensyarah dan berbincang tentang satu-satu topik tanpa batasan jarak dan waktu.

e)      Mengadakan kursus dan bengkel teknologi dan inovasi
Barisan tenaga pengajar harus terlebih dahulu menghadiri kursus dan bengkel ini supaya mereka boleh menambahkan pemahaman dan pengetahuan mengenai ICT dan memnudahkan mereka untuk mengajar pelajar mereka yang kini sangat terdedah dengan penggunaan ICT. Melalui ini juga tenaga pengajar boleh didedahkan dengan perkembangan ICT semasa seperti i-pad dan teleconferencing.

1.       Nama sebenar: Siti Ina Shakinah Bte Justin @ Mohd Aman
2.       No. Matrik: A127478
3.       Tahun Pengajian: 3
4.       Fakulti: Perubatan
5.       Email: pinky_greenygurl@yahoo.com
6.       Facebook: Ina Mohd Aman
7.       url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan inovasi dalam Pendidikan:

No comments:

Post a Comment